Seorang pelajar berusia 17 tahun dari China ini menjadi terkenal di media sosial negara itu selepas jadual belajarnya tular.
Zhu Zheng, pelajar gred 2 dari sekolah Wuhan No.11 Middle School, menghabiskan masa sebanyak 17 jam sehari untuk belajar, walaupun ketika itu cuti sekolah. Zheng yang memenangi tempat pertama dalam sebuah pertandingan matematik pada September lepas, juga telah dihantar oleh gurunya ke sebuah kem latihan matematik di Beijing Tshinghua University.
Ketika di kem tersebut, Zheng memakai pakaian yang sama setiap hari disebabkan keluarganya tidak mampu untuk membeli pakaian yang baru.
Jadual Zheng ketika cuti tersebut bermula seawal jam 6.40 pagi dan tidur pada jam 11.50 malam. Zheng hanya berehat sebentar dan tidur seketika pada waktu tengahari. Selebihnya, Zheng belajar sepanjang masa.
Tambah lagi, Zheng hanya membelanjakan sebanyak 4 yuan, atau bersamaan RM2.50 sehari untuk membeli makanan.
Sumber: SCMP
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.