Kumpulan K-pop terkemuka GOT7, Jackson Wang sememangnya digilai ramai peminat Kpop dari seluruh dunia.
Wajah tampan yang dimiliki Jackson adalah faktor utama ramai peminat wanita jatuh cinta padanya.
Penyanyi berusia 27 tahun itu berkongsi rahsianya untuk menjaga kulit wajah yang mulus dan sihat dengan hanya menggunakan cara yang mudah.
Amalkan pemakanan sihat dan seimbang, lakukan senaman, serta tidak perlu berbelanja mewah antara tips penyanyi lagu LMLY atau ‘Leave Me Loving You’
"Saya hanya amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang selain bersenam untuk membuang toksin dalam badan.
"Selain itu, saya juga dapatkan waktu tidur yang cukup serta rajin minum air kosong untuk mendapatkan kulit muka sihat," ujarnya lagi
Tidak dinafikan, ia menjadi pemangkin baginya apabila diberi kepercayaan menjadi duta untuk dua jenama kecantikan kulit popular di Korea Selatan.
Sumber: koreaboo.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.