Lipas mungkin nampak biasa bagi kebanyakan orang tetapi bukan bagi seorang wanita yang gerun akan serangga ini.
Pasangan suami isteri yang berasal dari Bhopal, India telah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun dan sering berpindah rumah lebih 18 kali akibat si isteri fobia terhadap lipas.
Sebelum mereka berkahwin, suaminya tidak tahu akan fobia isterinya yang takutkan lipas sehingga malu jika berhadapan dengan keluarga dan rakan-rakannya.
Kini, suaminya mahu memfailkan penceraian terhadap isterinya kerana tidak tahan sering berpindah-randah ke rumah baharu yang memerlukan kos yang tinggi.
Malah, isterinya akan menjerit ketakutan jika terserempak dengan lipas di dapur dan tidak akan menjejakkan kakinya di dapur lagi. Suara jeritan isterinya yang kuat boleh didengari jiran sehingga mengganggu mereka.
Selepas berlaku kejadian sebegitu, mereka mula berpindah rumah sejak 2018 sehingga sekarang.
Kedua-dua pasangan itu pernah berjumpa pakar psikiatri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi isterinya tetapi tidak berhasil.
Memetik laporan China Press, wanita itu berang kerana suaminya menganggap dia tidak waras dan paksanya mengambil ubat.
Suaminya berkata dia dan keluarganya sangat malu dan letih dengan rutin yang dialaminya dan difahamkan sedang memfailkan penceraian.
Sumber: World Of Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.