Sebuah mahkamah di Arab Saudi baru-baru ini telah menjatuhkan hukuman penjara 3 bulan kepada seorang wanita yang juga isteri, selepas beliau melihat telefon bimbit suaminya tanpa izin.
Menurut laporan, kejadian berlaku ketika suami itu sedang tidur dan isterinya memeriksa telefon bimbit suami berkenaan, malah menyalin data termasuk gambar dan perbualan mesej pada telefon terbabit.
Tambah lagi, si isteri turut berkongsikan mesej perbualan si suami kepada adik beradik terdekat tanpa meminta izinnya terlebih dahulu.
Walaupun terlebih dahulu suami berkenaan didapati ‘kantoi’ mesej bersama wanita lain, mahkamah Ras Al-Khaimah tetap menjatuhkan hukuman penjara pada si isteri kerana menggunakan telefon bimbit suami tanpa izin.
Sumber: OddityCentral
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.