Aplikasi Instagram dilaporkan akan mula menunjukkan post dari akaun yang anda tidak ikuti pada ruangan feed.
Dikenali sebagai “Suggested Post”, ruangan ini akan muncul pada akhir feed anda untuk update terbaharu maksimum dua hari.
Diakhir ruangan itu juga, anda akan mendapat pesanan “You’re All Caught Up”, sebelum anda boleh melihat post-post lain yang dicadangkan Instagram berdasarkan algoritma tertentu.
Selain itu, anda juga boleh melihat post-post terdahulu dengan menekan “View Older Post”, dimana anda akan melihat hantaran yang dibuat lebih daripada dua hari lepas.
Update ini berbeza dengan ruangan Explore dimana ruangan Explore menunjukkan lebih banyak post dan update daripada akaun-akaun berbeza di serata tempat, manakala Suggested Post pula hanya yang berkaitan dengan akaun yang anda sudahpun ikuti sebelum ini.
Ruangan Suggested Post juga akan ditampilkan iklan, namun tiada IGTV atau video Reels dan Instastory, seperti Explore.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.