Ekoran daripada kritikan atas sebab masalah kesihatan mental, Instagram kini mulai menyembunyikan butang like di platformnya di enam negara ini.
Percubaan laman sosial milik Facebook ini bermakna pengguna di enam buah negara ini tidak lagi boleh melihat jumlah like pada setiap posting.
“Kami mahu orang ramai selesa di Instagram,” kata Pengarah Polisi Facebook Australia dan New Zealand, Mia Garlick dalam satu kenyataan.
Antara negara yang akan diuji adalah Australia, Itali, Ireland, Jepun, Brazil dan New Zealand. Bagaimanapun, Instagram tidak pula menyembut tempoh percubaan itu dijalankan.
Bila agaknya ia akan datang ke Malaysia?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.