Buat pengguna Instagram, hari ini aplikasi berkenaan telah memperkenalkan mod gelap atau ‘dark mode’.
Fungsi dark mode telah diperkenalkan dalam banyak aplikasi masa kini, termasuk Twitter. Tambah lagi, dua syarikat gergasi, Google dan Apple telah menguji fungsi dark mode ini pada kebanyakkan aplikasi mereka sebelum ini.
Kini, dark mode telah diperkenalkan pada aplikasi Instagram, namun terhad pada pengguna iPhone yang menggunakan iOS 13.
Ini caranya untuk menggunakan dark mode pada Instagram anda:
1. Pastikan anda menggunakan iOS13 pada iPhone anda. Klik sini untuk dapatkan iOS 13.
2. Buka pada ‘Setting’, klik ‘Display dan Brightness’, klik pada ‘Dark’.
3. Buka aplikasi Instagram, update pada versi terbaru.
4. Secara automatik, Instagram anda kini dalam paparan ‘Dark Mode’.
Buat masa ini, fungsi ini hanya boleh digunakan pada pengguna iPhone dengan iOS13 sahaja.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.