Seorang lelaki dari Singapura telah memesan sebungkus mee daging cincang yang kebiasaannya mempunyai bersama daging hiris, bebola ikan, wantan, sayu-sayuran dan cendawan.
Lelaki yang bernama Tan, terkejut selepas mendapati mee yang dipesan olehnya itu bukanlah bersama cendawan, sebaliknya adalah seekor lipas.
Tan yang terus termuntah melihat lipas itu segera kembali memulangkan mee berkenaan kepada restoran sebelum membuat laporan polis.
Bagaimanapun beliau tidak menyalahkan tukang masak restoran tersebut kerana faham bahawa lipas kadang kala boleh menyelinap masuk ke bekas rebusan dan terjatuh kedalamnya.
Sumber: Mothership
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.