TNI Angkatan Udara adalah satu cabang angkatan perang dan merupakan sebahagian dari Tentera Nasional Indonesia (TNI).
![indonesia kejut orang ramai untuk sahur guna pesawat pejuang](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/mei-19/screenshot-2019-05-09-at-1-37-17-pm.png)
Bersempena dengan bulan ramadan kali ini, pasukan tentera udara itu akan mengejutkan orang ramai untuk bersahur, seperti yang dilaporkan menerusi akaun Twitter mereka, @_TNIAU.
Ia juga sebagai latihan kepada pasukan mereka yang akan diadakan dibeberapa kota di Kepulauan Jawa, iaitu Surabaya di Jawa Timur, Surakarta, Klaten dan Sragen di Jawa Tengah dan Yogyakarta.
![indonesia kejut orang ramai untuk sahur guna pesawat pejuang](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/mei-19/screenshot-2019-05-09-at-1-37-34-pm.png)
“InsyaAllah, kita akan membangunkan tradisi sahur menggunakan pesawat tempur”, tulis mereka menerusi Twitter.
Mereka akan menggunakan dua jenis pesawat tempur iaitu jenis F-16 dan T50i.
Menurut jurucakap TNI Angkatan Udara, Col. Sus M. Yuris berkata, ia juga merupakan latihan untuk tentera mereka yang boleh bertugas tanpa mengira masa.
Sumber: Kompas.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.