Negara Indonesia mengesahkan negaranya mencatatkan dua kes positif coronavirus (Covid-19) selepas lebih dua bulan penularan wabak ini ke serata dunia.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang mengesahkan dua rakyatnya mempunyai kontak rapat dengan warga Jepun yang berkunjung ke negara itu.
Dua kes di Indonesia ini melibatkan seorang wanita berusia 64 tahun dan anak perempuannya berusia 31 tahun.
"Orang Jepun itu ke Indonesia untuk bertemu dua mangsa berkenan dan menyebabkan mereka dijangkiti.
"Ia telah disahkan dan dilaporkan diserhakan kepada saya pagi tadi oleh Menteri Kesihatan," katanya.
Jokowi bagaimanapun tidak memaklumkan di wilayah mana kes itu berlaku, sebaliknya memberitahu kedua-dua pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Indonesia sebelum ini menafikan dakwaan dari Universiti Havard yang merasa pelik kerana negara itu tidak mempunyai sebarang kes Covid-19 walaupun negara sekitarnya telah mencatatkan jumlah pesakit.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.