Seorang lelaki bertindak melulu apabila terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang arah Perai menghala ke Pulau awal pagi tadi.
Mangsa yang berusia 22 tahun itu dikhuatiri lemas dan tindakannya itu berlaku selepas dia meninggalkan sebuah kereta bersama barangan peribadi di dalam kenderaan tersebut.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perai, pihaknya mengesahkan ada menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.39 pagi.
“Apabila pasukan Bomba dan Penyelamat sampai di lokasi kejadian dan terima maklumat dari orang awam, didapati seorang lelaki berbangsa India berusia 22 tahun telah terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang.
“Tindakan pasukan bomba membuat pemantauan dari atas jambatan untuk mengesan kedudukan mangsa namun dikhuatiri telah dihanyutkan oleh arus” katanya.
Setakat ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dan Pos Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin, Butterworth.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.