Hukuman lebih berat mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 akan dikenakan kepada umat Islam di Kelantan yang ditangkap jika didapati tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
Menurut Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Dr Hasnan Ramli memaklumkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya bakal dinantikan mengikut Seksyen 10 enakmen tersebut.
"Sebelum ini, hukuman bagi kesalahan tidak berpuasa hanya denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun, tetapi kali ini hukuman lebih berat menanti pesalah selepas enakmen itu baharu diluluskan November lepas.
"Sepanjang Ramadan ini juga, 60 penguat kuasa JAHEAIK akan menjalankan pemantauan di kira-kira 50 lokasi panas, dengan dibantu 700 sukarelawan Skuad Amru," katanya.
Tambahnya, kawasan tangga di pasar raya dan kawasan tersembunyi menjadi lokasi panas yang sering dijadikan tempat individu tidak berpuasa selain restoran milik orang bukan Islam.
“Walaupun kita lebih kepada pendekatan menasihati, tindakan tegas tetap akan diambil ke atas orang yang tidak menghormati Ramadan khususnya yang mengulangi kesalahan dan ditangkap buat kali kedua.
“Tindakan juga boleh diambil terhadap mereka yang membekal dan menjual makanan kepada individu tidak berpuasa mengikut enakmen tersebut,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.