Seseorang individu berisiko meninggal dunia disebabkan situasi patah hati mengikut satu kajian baharu yang dijalankan baru-baru ini.
Menurut penyelidik klinikal kardiologi Universiti Aberdeen, Dr. David Gamble mengesahkan sindrom digelar ‘takutsubo’ ini boleh mengundang maut akibat tekanan perasaan kehilangan orang tersayang atau kegembiraan melampau bertukar menjadi serangan jantung mengejut.
Setakat ini, sebanyak 70 peratus kes dikesan melibatkan sindrom takutsubo dan kebanyakan mangsa yang menghadapi situasi putus cinta, kematian orang tersayang, kemalangan kereta atau diserang penjenayah.
Malah, peristiwa gembira seperti kejutan ulang tahun, menang wang loteri atau lamaran perkahwinan juga salah satu punca berlakunya sindrom takutsubo.
Tambahnya, tindak balas tekanan yang dicetuskan oleh peristiwa-peristiwa mengejut itu menjadikan peningkatan adrenalin secara tiba-tiba di dalam badan.
“Ini secara tidak langsung memberi isyarat ‘pertarungan’ kepada jantung untuk mengepam darah lebih pantas ke otak dan otot,” katanya.
Menurut Pakar Kardiologi dan Perunding Kehormat Hospital Diraja Brompton berkata sindrom itu membolehkan adrenalin seseorang menutup bahagian bawah ventrikel kiri dan ruang pam utama.
Ia dapat dilihat pada sinar-X jantung yang menyerupai periuk tradisional masyarakat Jepun yang digunakan untuk menangkap sotong kurita ketika memancing sehingga ia dinamakan nama takotsubo pada 1990 lalu.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.