Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Kecoh! Individu Berang Jumpa Gumpalan Rambut Dalam Kuih Limas, Jabatan Kesihatan Jalan Siasatan

Alamak! Bukan sehelai rambut ni tapi segumpal?
Muhammad Izwan Zainal
14 Apr 2022, 04:00 PM

Kecoh, baru-baru ini apabila seorang individu yang membeli kuih limas dan mendakwa kuih dibelinya itu mempunyai gumpalan rambut di dalamnya di sebuah bazar Ramadan.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sudah mengenal pasti identiti individu tersebut bagi siasatan lanjut.

kecoh! individu berang jumpa gumpalan rambut dalam kuih limas, jabatan kesihatan jalan siasatan

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri Mohd Akmal Kamarudin memaklumkan pihaknya mengesahkan lokasi kejadian berkenaan berlaku di Bazar Ramadan Teluk Intan.

Tambahnya, pegawai penyiasat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak telah menerima sampel kuih limas itu untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan risikan yang dijalankan, pengadu telah dikesan dan diminta untuk tampil ke PKD Hilir Perak untuk membuat aduan secara rasmi.

“Bapa pengadu iaitu individu yang membeli makanan yang tercemar tersebut telah hadir ke PKD untuk membuat aduan secara rasmi dan makanan yang diadukan masih disimpan telah diserahkan kepada pihak pegawai penyiasat,” katanya.

kecoh! individu berang jumpa gumpalan rambut dalam kuih limas, jabatan kesihatan jalan siasatan

Operasi Khas 'Kuih Limas' giat dijalankan di tempat kejadian dan lokasi makanan disediakan serta siasatan menggunakan Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan Akta Makanan 1983 (Akta 281).

Pelanggan disarankan untuk membuat aduan sekiranya ada peniaga yang melanggar dan tidak mengikut standard etika penyediaan dan penjualan makanan yang selamat.

Aduan boleh dibuat melalui saluran di laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan, secara jumpa terus ke PKD terdekat atau Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak atau e-mel jknperak@moh.gov.my.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}