Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Gara-Gara Pertikai Harga Nasi Goreng, Individu Cetus Pergaduhan Di Sebuah Restoran

Alamak kenapa nak gaduh-gaduh ni!
Muhammad Izwan Zainal
06 May 2022, 05:00 PM

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan insiden pergaduhan di sebuah restoran di Bahau akibat tidak berpuas hati.

Video berdurasi 1 minit 41 saat jelas menunjukkan pertelingkahan sekumpulan individu terbabit yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelanggan yang lain.

gara-gara pertikai harga nasi goreng, individu cetus pergaduhan di sebuah restoran

Polis akhirnya membuka kertas siasatan berhubung insiden tersebut dan punca pergaduhan dilaporkan akibat tidak puas hati seorang wanita terhadap harga makanan.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook, pihaknya memaklumkan kejadian kira-kira 1 pagi itu berlaku selepas juruwang restoran itu didakwa meninggikan suara kepada wanita terbabit.

gara-gara pertikai harga nasi goreng, individu cetus pergaduhan di sebuah restoran

Ia juga bermula disebabkan wanita terbabit yang mempertikaikan harga makanan sehingga menyebabkan amarah anak lelakinya dan membaling kotak tisu ke arah juruwang tersebut.

“Seorang pekerja yang melihat kejadian berkenaan terus menumbuk lelaki itu sebelum dileraikan pekerja lain dan pelanggan berada di situ. Restoran mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) tetapi ia tidak berfungsi.

“Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun keseksaan dan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dengan segera,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menafikan dakwaan adanya campur tangan polis dalam menyelesaikan kes ini (settel tepi) dan pihaknya komited mengambil serius kejadian ini.

Sumber: Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}