Kumpulan paling berisiko dijangkiti Covid-19 dengan simptom serius termasuk mati adalah individu yang tidak divaksinasi tanpa mengira usia.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan jangkitan yang dialami kumpulan tersebut kebanyakannya pada kategori empat dan lima serta mati berdasarkan rekod.
Malah, individu yang menerima vaksin dos penggalak adalah paling terlindung yang mana dapat dilihat kurang kes dijangkiti melibatkan kategori tiga, empat dan lima.
“Kumpulan yang lengkap vaksin dos penggalak mengalami kurang risiko berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi dan kumpulan lengkap divaksin tetapi tidak lengkap dos penggalak.
“Ini jelas menunjukkan vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19,” katanya.
Beliau juga menggalakkan semua individu dewasa yang masih belum menerima vaksin dos penggalak dan berkelayakan untuk mengambil vaksin digesa segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in.
Sumber: Utusan Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.