Sebuah institusi pendidikan di negara India mengundang kontroversi kepada pelajarnya apabila mereka menerbitkan sebuah buku yang dianggap bercanggah dengan fakta.
Buku berjudul “Bharatiya Vidya Saar” yang digunakan dalam kurikulum pendidikan disalah sebuah universiti dalam negara itu menulis bahawa, Negara India adalah negara yang menemui bateri dan pesawat, sejak beribu tahun yang lalu.
Ditulis dalam buku terbabit, kira-kira 1500 hingga 500 sebelum masihi, sudah terdapat pesawat dalam kisah pujangga Maharshi Bhardwaj, iaitu 5000 tahun sebelum Wright bersaudara mencipta kapal terbang.
Bateri pula ditemukan oleh Maharsi Agastya dalam tulisannya, Agastya Samhita.
Malah, teori graviti juga dikatakan telah ditemukan pada zaman Rig Veda, iaitu sebelum Isaac Newton menemui teori tersebut.
Sumber: Oddity Central
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.