Seekor ikan bebentuk bulat dan aneh telah ditemui berdekatan dengan perairan American Riviera dan ia telah mengejutkan ramai pihak.
Spesis ikan yang terdampar di pantai California itu telah diambil sampel tisunya untuk analisa.
Berukuran 7 kaki panjang, ikan tersebut merupakan spesis rare dan amat jarang ditemui , dikenali sebagai ‘hoodwinker sunfish’.
Kali terakhir spesis ikan itu ditemui adalah pada 2 tahun lalu di pantai New Zealand, beribu batu jauhnya daripada Amerika. Ikan tersebut tinggal jauh didalam dasar laut dan berasal daripada kawasan Hemisfera Selatan.
Spesis ikan berkenaan dipercayai berada di pantai tersebut dek kerana ombak besar yang melanda UC Santa Barbara Coal Oil Point Reserve minggu lalu.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.