Ribuan ikan air tawar pelbagai jenis didapati mati dan terdampar di tepi sungai di Sungai Damansara, Selangor.
Memetik laporan Malaysia Gazette, ikan air tawar tersebut dipercayai mati akibat pencemaran air yang berlaku di sungai itu.
Kejadian itu disaksikan penduduk sekitar dan pelajar yang menginap berdekatan sungai itu yang terletak bersebelahan Kolej Universiti MSU, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
Orang awam mahu pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya kerana pencemaran ini boleh membawa kepada bau busuk dan mungkin penyakit kepada manusia.
Sumber: Malaysia Gazette
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.