Seorang ibu mengalami pengalaman menyeramkan apabila beliau terlihat kelibat ‘hantu bayi’ dikatil anaknya pada waktu malam.
![ibu nampak rakaman kelibat ‘hantu bayi’ tidur bersama anak](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/okt-19/screenshot-2019-10-21-at-5-08-45-pm.png)
Maritza Elizabeth, 32, terkejut selepas meninjau monitor yang menyiarkan rakaman dalam bilik anaknya, menyebabkan beliau tidak tidur lena.
Dia bagaimanapun memberanikan diri untuk menyiasat dan menemui sesuatu yang tidak disangka-sangka dalam bilik anaknya.
Maritza yang berkongsikan kisah ini dilaman Facebooknya bukanlah menemui sesuatu yang seram, sebaliknya sesuatu yang melucukan.
Imej hantu bayi itu rupa-rupanya gambar pada tilam anak lelakinya.
![ibu nampak rakaman kelibat ‘hantu bayi’ tidur bersama anak](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/okt-19/screenshot-2019-10-21-at-5-08-59-pm.png)
“Malam tadi saya betul-betul nampak hantu bayi bersama anak lelaki saya di katil. Saya memang terkejut sampai tak boleh tidur.
“Pagi ini saya pergi siasat. Rupa-rupanya suami lupa nak pasang pelindung tilam masa dia tukar cadar. Saya akan bunuh dia,”, katanya sambil berseloroh.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.