Siapa sangka semangat dan usaha seorang ibu berusia 42 tahun untuk sambung belajar, membuahkan hasil apabila dikurniakan sijil yang sama dengan anaknya dalam majlis konvokesyen yang sama.
Rosnah Mohamad yang berkhidmat dalam perawatan tradisional berkata, beliau amat bersyukur kerana berjaya menamatkan kursus dalam sijil perubatan Melayu, bersama anaknya, Khairul Amirin Kamarudin, 18.
![sambung belajar sama kursus, ibu dan anak konvo sama-sama](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/ibu-anak-konvo.jpg)
Dipetik daripada Harian Metro, Rosnah berkata, beliau akan berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuannya sesuai dengan teknologi masa kini.
Rosnah dan anak lelakinya dikurniakan sijil dalam perubatan Melayu pada Majlis Konvokesyen Institut Sains Fizikal, Kebudayaan dan Kesenian (IPSCA), kelmarin.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.