Hujan yang berterusan sejak minggu ini telah memberikan kesan positif pada kualiti udara pada semua negeri disini.
Menurut portal APIMS, kesemua kawasan di Semenanjung dan Sabah Sarawak mencatatkan bacaan baik sehingga jam 9 pagi tadi.
Hujan yang turun sejak akhir-akhir ini adalah berkait dengan peralihan monsun dan berakhirnya Monsun Barat Daya.
Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada ketika tempoh peralihan monsun ini dan sentiasa peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia.
Sumber: BERNAMA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.