Beberapa kawasan di bandaraya Ipoh dilaporkan dilanda hujan air batu yang turun bersama dengan hujan lebat serta ribut.
Memetik laporan Awani, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam disekitar Manjoi dan Jelapang telah mengejutkan ramai pihak kerana ia amat jarang berlaku.
Antara kawasan yang menerima hujan air batu adalah di Taman Idris, menyebabkan bunyi kuat dari atap rumah.
Ada penduduk yang menyangka pokok tumbang dan beberapa penduduk juga dilihat melaungkan azan ketika hujan air batu itu berlaku kira-kira 15 minit.
Fenomena alam yang jarang berlaku itu juga menarik perhatian orang ramai apabila ada yang mengutip ketulan ais berkenaan dan berkongsi di media sosial.
Hujan air batu terjadi akibat daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan, menyebabkan ais itu gagal mencair sebelum ia turun ke bumi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.