Sebuah hotel di Switzerland menawarkan perkhidmatan untuk mengemaskini laman Instagram anda, ketika anda sedang bercuti.
Dikenali sebagai “Relax We Post”, perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna Hotel Ibis ini hanya memerlukan anda memberikan log masuk kepada laman Instagram anda ketika anda mendaftar masuk ke mana-mana cawangan hotel berkenaan.
Terdapat lebih 17 hotel Ibis di Zurich dan Geneva dengan 10 orang social media influencer yang mengendalikan perkhidmatan tersebut, seperti Anna Maradan, Cristina Gheiceanu, Pascal Erband dan Elay Leuthold.
Selain mengemaskini Instagram, servis berkenaan juga akan tolong balaskan komen, dan mengemaskini Instastories, membuatkan anda kelihatan aktif sepanjang bercuti.
Tujuan servis berkenaan adalah untuk menjauhkan pengunjung di negara itu kepada media sosial ketika sedang bercuti.
Sumber: Ibis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.