Kebanyakkan hotel di pulau pelancongan popular Thailand terpaksa memberikan diskaun sehingga 50 peratus akibat kekurangan pelancong dari China.
Kekurangan ini terjadi ekoran daripada perang dagang dengan Amerika Syarikat, serta kenaikan nilai mata wang Bath.
Menurut statistik, lebih 2.2 juta pelancong dari China telah mengunjungi Thailand pada tahun 2018, namun jumlahnya berkurang tidak sampai dua juta orang antara Januari hingga September lalu.
Konsul kehormat Perancis di Phuket, Claude de Crissey, yang memiliki 40 bilik penginapan di Pantai Patong berkata, pihaknya terpaksa mengurangkan harga bilik sehingga 50 peratus akibat kekurangan pelancong.
Masalah ini bukan sahaja melibatkan Phuket, malah kawasan pelancongan lain di Pattaya dan Koh Samui.
Terdahulu, nilai mata wang Bath telah meningkat 10 peratus berbanding Yuan dan kejadian bot karam di Phuket, menyebabkan 47 pelancong China maut juga memberi kesan.
Sumber: Phuket News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.