Sebuah hotel di Bandar Fukuoka, Jepun telah menawarkan harga yang sangat berpatutan, iaitu kira-kira RM5 untuk satu malam.
Murah kan?
Namun, ia bukanlah hotel biasa kerana anda harus membenarkan pihak hotel untuk menstrim video anda dari dalam bilik secara live di Youtube.
Anda juga tidak dibenarkan berbogel kerana kamera akan merakamkan segala aktiviti anda dalam bilik. Segala kelengkapan turut disediakan seperti tilam, meja, televisyen, cerek elektrik, dan banyak lagi kemudahan asas yang lain.
Namun, bilik air pula terletak diluar bilik dan ia selamat daripada rakaman. Video yang dirakamkan pula tanpa suara bagi mengelakkan isu hak cipta yang boleh muncul daripada televisyen.
Syarat pelik ini diletakkan oleh pihak hotel adalah bagi mengelakkan mereka menanggung kerugian ekoran tiada permintaan.
Sumber: Soranews
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.