Impian untuk menginap atas ‘hotel terapung’ di Swansea, Wales punah selepas kapal yang menempatkan bilik hotel berkenaan akhirnya karam dalam lautan.
Perancangan asal adalah bagi menyediakan hotel budget atas sebuah kapal murah yang dilengkapi dengan bilik, restoran dan kedai.
Dengan bayaran serendah £20 (bersamaan RM 108.24) satu malam, pengunjung juga akan disediakan dengan persembahan nyanyian live di atas kapal tersebut.
Bagaimanapun, belum sempat ia dibuka keada pengunjung, kapal MV Oliver Cromwell ini telah karam dalam lautan di Northern Ireland, selepas dipukul ombak besar, lapor WalesOnline.
Hotel budget yang mampu menempatkan 49 orang pada satu-satu masa ini adalah idea asal tiga orang pemuda tempatan iaitu Paul O’Dwyer, Lee West dan Oliver Davies pada Oktober 2017.
Mereka memikirkan idea menghasilkan hotel budget atas air ini adalah khas kepada pengembara, pelancong yang mahukan kelainan apabila menginap di hotel. Namun, belum sempat ia dibuka, hotel itu telah karam dalam lautan.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.