Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), langkah itu terpaksa diambil akibat peningkatan kes COVID-19 yang semakin membebankan sistem kesihatan negara.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) untuk merawat pesakit COVID-19 mencecah 80 peratus di seluruh negara setakat semalam.
Beberapa negeri bagaimanapun telah merekodkan penggunaan katil ICU melebihi 80 peratus, termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
“Lebih 80 peratus kematian COVID-19 di negara ini merupakan golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi,” menurut ciapan KKM.
Tambahnya, kebanyakan mangsa korban akibat COVID-19 mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.
“Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” katanya lagi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.