Siapa sangka dengan hanya bermodalkan sebiji timun, anda boleh hasilkan masker?
Memetik hantaran oleh Mingguan Wanita, timun boleh digunakan sebagai cara untuk membersihkan muka daripada blackhead. Yang penting adalah kena rajin dan disiplin dan selalu buat baru menjadi.
Cara-caranya:
1-Basuh sebiji timun sampai bersih ye, letak dalam peti ais selama 30 minit.
2-Potong nipis-nipis. Dalam setengah biji cukuplah untuk satu muka.
3-Lepas tu, basuh muka bersih-bersih. Tempek timun yang dipotong tadi pada seluruh muka termasuk mata.
4-Sesuai sangat diamalkan untuk golongan yang kulit kering dan sunburn.
5-Biar kat muka dalam 30 minit, jangan lebih ye. Set alarm takut tertidur time ni. Kulit akan rasa sejuk dan calm sangat.
6-Lepas 30 minit, buang timun dan cuci muka dengan air bersih, jangan guna pencuci muka ye.
7-Takyah pakai apa-apa skincare seketika…sebab nak bagi kulit rest. Petua ni boleh buat setiap hari, kalau kulit dah oklah bolehlah maintain seminggu dua kali. Modal tak sampai seringgit tapi hasilnya macam buat rawatan kat spa. Kulit fresh sangat.
Perkongsian ini adalah dari pemilik Nur Jannah Spa, Puan Rosnina Bakri.
Selamat mencuba!
Sumber: Mingguan Wanita
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.