Seorang lelaki berusia 38 tahun dari Birkenhead, UK, mendakwa beliau boleh hidup hanya menggunakan udara dan cahaya matahari.
Khai Ho, yang berkerja sebagai penghantar pizza berkata, beliau tidak pernah merasa lapar dan mendapatkan semua nutrien yang diperlukan badan menerusi cahaya matahari dan udara! Dah macam pokok je ni.
Tambah lagi, beliau hanya mengunyah gula-gula getah atau makan gula-gula mint sebagai tambahan.
Selain berat badannya yang semakin kurang, amalannya itu juga didakwa boleh mengelakkan dirinya daripada terkena penyakit.
“Ini membantu saya menjadi lebih segar dalam kehidupan, dan menjadi lebih bertenaga,
"Saya pernah mengalami masalah pada hati dan kini saya berterima kasih kepada amalan saya (menggunakan cahaya dan matahari). Saya kini tahu bagaimana untuk menyembuhkan tubuh manusia secara dalaman dan secara semulajadi daripada pelbagai penyakit utama " kata Ho.
Sumber: Mirror Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.