Organisasi Polis Antarabangsa Interpol menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan penjualan suntikan vaksin COVID-19 palsu.
Ketika orang ramai sedang menantikan vaksin kepada wabak pandemik koronavirus ini, wujud organisasi penjenayah yang menyasarkan penjualan vaksin tiruan ini.
“Penjenayah berusaha untuk memutuskan rantaian bekalan vaksin dengan menggunakan platform dalam talian seperti laman web palsu serta menawarkan penawar palsu yang boleh memberi risiko kepada kesihatan dan keselamatan.
"Oleh itu, adalah penting untuk kerajaan bersiap sedia mendepani pelbagai cabaran berkaitan pengedaran vaksin COVID-19," kata Setiausaha Agung Interpol Jurgen Stock.
Interpol juga mengingatkan negara-negara ahli supaya bersedia dengan cabaran pihak tidak bertanggungjawab yang akan memalsukan vaksin seterusnya menjual secara fizikal atau dalam talian.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.