Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Hasrat Adik Haziq Tercapai, Tak Sangka Dapat Temu Ramah Perdana Menteri - “Saya Nak Tanya Apa Makanan, Minuman Kegemaran Datuk?”

Wah terbaiklah adik Haziq!
Muhammad Izwan Zainal
07 Feb 2022, 12:43 PM

Seorang kanak-kanak yang tular akibat video laporannya berkenaan insiden penemuan ular bulan lalu tak sangka dapat menemu ramah Perdana Menteri.

Berasal dari Bukit Selambau, Sungai Petani, Muhammad Haziq Mohd Asyraf pernah memaklumkan dia berhasrat untuk menemu ramah Perdana Menteri Malaysia dan bertemu dengannya.

Hasratnya tercapai apabila dapat bertemu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hotel di sini dan diberi peluang serta kesempatan untuk menemu ramahnya.

Pelbagai persoalan yang diajukan adik Haziq kepada Perdana Menteri termasuk berkaitan makanan kegemaran, rutin harian dan juga mengenai juadah kampung.

Malah, beliau turut ditanya kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengenai perancangannya jika diberi peluang menerajui negara 10 tahun lagi dan beliau menjawab untuk menghapuskan kemiskinan serta miskin tegar menjelang 2025.

“Yang pertamanya kita beri fokus untuk menjadikan ekonomi kita negara berpendapatan tinggi, yang keduanya supaya kita boleh bantu masyarakat luar bandar, kita dapat hapuskan kemiskinan supaya tidak ada lagi orang miskin, miskin tegar, kita nak hapuskan dalam tahun 2025 nanti.

“Negara kita pun ke arah neutral karbon supaya tidak ada lagi kalau kita tengok kilang-kilang, asap dan sebagainya, jadi nak jadikan negara kita neutral karbon. Ini semua perancangan masa depan untuk rakyat seperti Haziq,” katanya.

hasrat adik haziq tercapai, tak sangka dapat temu ramah perdana menteri - “saya nak tanya apa makanan, minuman kegemaran datuk?”

Ibu adik Haziq,  Nur Shakilla Zainol yang menemaninya ketika temu ramah tersebut berasa bangga dan berbesar hati dapat berjumpa serta menemu ramah Perdana Menteri.

“Saya sangat berbesar hati dapat jumpa Perdana Menteri. Seronok dapat berjumpa Perdana Menteri Malaysia. Memang rezeki dapat jumpa Perdana Menteri.

“Saya lihat beliau seorang yang baik, penyayang dan handsome orangnya,” kata Muhammad Haziq.

Sumber: Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}