Seorang hartawan, Richard Branson berjaya melengkapkan misi untuk berlepas ke angkasa lepas apabila pesawat angkasa Virgin Galactic selesai mendarat di Spaceport, New Mexico.
![hartawan berjaya sempurnakan misi ke angkasa lepas, richard branson seperti tidak percaya impian terlaksana](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/e3_3.jpeg)
Lima anggota pasukannya turut bersama dalam misi ini untuk berada di angkasa lepas buat seketika sebelum meluncur turun ke atmosfera bumi.
Hartawan berusia 70 tahun ini berlepas dari Spaceport America di New Mexico tepat pada pukul 10.44 malam Ahad waktu Malaysia.
![hartawan berjaya sempurnakan misi ke angkasa lepas, richard branson seperti tidak percaya impian terlaksana](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/landscape-5_4.jpg)
Malah, pelepasan itu disiarkan secara langsung untuk tatapan seluruh dunia bagi menyaksikan hari bersejarah ini.
Terdahulu, Branson mencipta sejarah sebagai hartawan pertama di dunia yang menerokai angkasa lepas.
![hartawan berjaya sempurnakan misi ke angkasa lepas, richard branson seperti tidak percaya impian terlaksana](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/e1_10.jpeg)
Branson juga tidak ketinggalan membawa Ketua Pengajar Angkasawan di Virgin Galactic, Beth Moses, ketua jurutera operasi Virgin Galactic, Colin Bennett dan Naib Presiden hal ehwal dan penyelidikan kerajaan Virgin Galactic, Sirisha Bandla.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.