Awal pagi Isnin bakal menyaksikan penentu kepada gelaran juara Liga Perdana Inggeris 2018/19 apabila saingan tertumpu kepada dua kumpulan teratas liga, Manchester City dan Liverpool.
Manchester City yang kini berada ditempat teratas liga, dengan 95 mata, hanya mempunyai beza 1 mata dengan pesaingnya, Liverpool yang mengutip 94 mata.
Manchester City akan berkunjung ke Falmer Stadium, bertemu pasukan Brighton yang berada di tempat ke-17 liga. Manchester City hanya perlu menang perlawanan ini untuk mengesahkan takhta kejuaraan untuk musim 2018/19.
Sementara itu peluang masih terbuka buat pasukan Liverpool yang akan menerima kunjungan Wolves dilaman sendiri. Selain wajib menang perlawanan terakhir ini, The Reds juga perlu memastikan Manchester City tewas atau sekadar seri, bagi memastikan takhta juara EPL musim ini milik mereka.
Apa agaknya keputusan perlawanan malam ini?
Siapakah bakal juara Liga Perdana Inggeris musim kali ini?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.