Penularan wabak COVID-19 di Malaysia telah menyebabkan sejumlah 158,434 kes jangkitan dilaporkan setakat 17 Januari 2021.
Sehingga tarikh itu juga, hanya kawasan Cameron Highland di Pahang yang berada dalam zon hijau, dan selebihnya zon merah, kuning dan jingga.
Menurut infografik pergerakan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beberapa zon di Sarawak juga masih lagi berada dalam zon hijau.
Setakat 17 Januari 2021, terdapat 3,339 lagi kes baru COVID-19 dicatatkan, dengan pertambahan 7 lagi kes kematian dengan kes aktif kini meningkat kepada 37,782 kes.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.