Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 3,346 lagi kes baru positif COVID-19 di Malaysia pada 24 Januari 2021, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini melonjak kepada 183,801 kes.
Daripada jumlah itu, terdapat 11 lagi kes maut dilaporkan, dengan 41,677 jumlah kes aktif dicatatkan.
Pertambahan jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia juga menyebabkan hampir seluruh negara kini berada dalam zon merah, kecuali negeri Sarawak yang masih ada beberapa kawasan dalam zon hijau.
KKM turut melaporkan terdapat 9 lagi kluster baharu dikenal pasti, melibatkan 8 kluster tempat kerja dan 1 kluster berkaitan pusat tahanan. Berikut adalah perincian 9 kluster baharu pada 24 Januari 2021:
Orang ramai diingatkan untuk menghadkan pergerakan bagi mengelakkan jangkitan kerana virus COVID-19 ini sudah berada dalam komuniti kita.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.