Baru-baru ini kecoh apabila seekor harimau ditemui berkeliaran di Kampung Besol Lama, Dungun Terengganu. Namun, harimau berkenaan telah disahkan mati akibat dijangkiti virus Canine Temper Disorder.
Sebelum kes harimau ini, Terengganu dikejutkan dengan penemuan beberapa haiwan liar seperti sepasang ikan paus Orca dilihat berenang di pelantar minyak Dulang di perairan Kuala Terengganu.
Tidak lama selepas itu, seekor beruang matahari pula telah ditemui di Kampung FELDA Belara, Kuala Terengganu.
Kelmarin, ikan paus pilot sirip pendek pula ditemui di perairan Besut berhampiran Pulau Perhentian, Terengganu.
Kenapa agaknya banyak sangat haiwan tersesat sejak akhir-akhir ni?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.