Pempengaruh media sosial, Faizdickie membuat kejutan kepada peminat bertuah dengan hasil karya seni berkonsepkan kumpulan Kpop popular BTS yang dihasilkannya menggunakan bungkusan makanan segera BTS Meal.
Faiz yang merupakan salah seorang peminat BTS tidak menyangka mendapat sokongan daripada peminat-peminat BTS yang lain.
“Kebanyakan peminat BTS sangat menyokong satu sama lain dan positif. Pada awalnya, ramai pengikut saya yang juga peminat BTS berhasrat nak membeli hasil karya itu.
“Namun, apabila saya fikirkan semula, dalam situasi sekarang ramai yang terkesan dari segi kewangan. Jadi, saya rasa lebih baik saya hadiahkan secara percuma kepada peminat bertuah," katanya.
Teknik media campuran (mixed media) digunakan bagi penghasilan lukisan istimewa ini di samping bungkusan makanan segera yang dikitar semula.
Mohd Nasrul Faiz Abu Azal atau mesra disapa Faiz meneliti setiap peminat BTS yang mempunyai kisah tersendiri mengenai BTS sebelum diberikan hadiah lukisan tersebut kepadanya.
“Daripada hampir 1,000 komen yang saya terima, saya memilih peminat bernama Nadeema Kamaruddin. Dia ada kisah tersendiri apabila mula jatuh hati dengan BTS dan berkongsi minat dengan anaknya yang berusia 10 tahun,” katanya.
Lukisan menarik berunsurkan warna tema BTS menjadi bualan hangat warganet dan hanya seorang sahaja pemenang bertuah dapat memenangi lukisan istimewa hasil karyanya itu.
Sumber: Instagram Faizdickie
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.