Fakta ini telah ditemui berdasarkan penelitian terbaru yang dilakukan oleh Southern Methodist University di Texas, Amerika Syarikat.

Dengan menggunakan microphone pada smartphone, satu penelitian telah dijalankan dengan melihat pada respons orang ramai dalam menaip pada papan kekunci laptop dan smartphone.
Hasilnya, satu gelombang bunyi unik telah dihasilkan sebaik sahaja kita menaip. Ketika mengolah signal unik ini, penyelidik mampu memecahkan kod untuk mengetahui huruf atau nombor mana yang telah ditekan. Scary!

Kaedah ini bukan sahaja mampu menentukan password, tetapi juga boleh digunakan untuk mengetahui pesanan ringkas atau e-mail rahsia seseorang.
"Berdasarkan apa yang kami temui, saya rasa pencipta smartphone dan laptop ini perlu melihat kembali langkah-langkah privasi pada smartphone," kata Erick Larson, salah seorang professor di Southern Methodist University yang bertanggungjawab menjalankan kajian ini.

Tambah menakutkan, terdapat beberapa aplikasi pada smartphone yang meminta akses untuk mengakses microphone sebagai salah satu fungsi tambahannya. Ini kemungkinan boleh dimanfaatkan oleh pengodam bagi mendapatkan akses pada akaun anda.

Namun, penyelidik menambah, adalah sukar bagi pengodam untuk mendapatkan gelombang bunyi tertentu bagi setiap papan kekunci pengguna kerana bahan yang digunakan pada keyboard adalah berbeza-beza.
Sumber: The Telegraph
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.