Satu kajian yang dijalankan oleh Global Education Census 2018 menunjukkan guru di Malaysia antara guru yang paling berdedikasi dan komited dengan kerjaya di dunia.
Malah, 70% daripada guru di negara ini suka dan seronok dengan apa yang dilakukan mereka dalam mendidik anak murid. Tambah lagi, 75% daripada guru di Malaysia mengadakan kelas tambahan diluar waktu persekolahan untuk memberikan pelajar-pelajar ilmu tambahan.
Kira-kira 84% daripada guru di negara ini menggunakan keputusan peperiksaan pelajar sebagai kayu ukur kejayaan mereka dalam mendidik pelajar.
Survey ini dijalankan keatas 20,000 guru dan pelajar oleh Cambridge Assessment International Education (Cambridge International), sebuah bahagian dalam Cambridge University, untuk mengukur hubungan antara pelajar dengan guru diserata dunia.
Sumber: Rojakdaily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.