Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Guna Siren Dan Lampu Mata Arah Redah Lalu Lintas, Pemandu Dikesan Polis Bantu Siasatan

Selamba lalu jalan raya macam tu kan?
Muhammad Izwan Zainal
24 Mar 2022, 04:43 PM

Baru-baru ini, seorang pemandu bertindak meredah kesesakan lalu lintas dengan menggunakan lampu mata arah dan siren di di Jalan Lapangan Terbang Subang.

Video berdurasi 13 saat itu tular di laman media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

guna siren dan lampu mata arah redah lalu lintas, pemandu dikesan polis bantu siasatan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan pihaknya mengesahkan satu laporan polis diterima kira-kira pukul 3 petang.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 23 Februari lalu kira-kira pukul 6.30 petang. Kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan dan kecederaan kepada pengguna jalan raya.

“Kita telah mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut dan telah merakam percakapan namun siasatan masih dijalankan kerana kenderaan tersebut telah dijual dan dipandu oleh individu lain ketika kejadian,” katanya.

guna siren dan lampu mata arah redah lalu lintas, pemandu dikesan polis bantu siasatan

Tambahnya, pihak berkuasa sedang mengenalpasti individu yang memandu kenderaan tersebut.

Pihaknya akan menjalankan siasatan di bawah Kaedah 94 Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 serta Rule 24(ii) 170/59.

“Pihak polis juga ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan video atau gambar yang boleh menimbulkan keresahan awam,” ujarnya.

Rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap tindakan individu berkenaan yang disifatkan boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Sumber: Kosmo Online
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}