Satu kajian telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Malaysia Sarawak menunjukkan keupayaan lagu rancak daripada Skrillex berjaya menghalang nyamuk Aedes.
Nyamuk merupakan antara serangga yang bergerak dan berkomunikasi menggunakan bunyi di udara. Disebabkan itu, kumpulan penyelidik ini cuba menghalang pergerakkan nyamuk dengan menggunakan lagu daripada Sonny John Moore atau lebih dikenali dengan Skrillex.
Menerusi lagu ‘Scary Monster and Nice Sprites’ oleh Skrillex, lagu yang mempunyai bunyi bingit dan pitch yang tinggi ini dilaporkan berjaya menghalang pergerakkan nyamuk Aedes yang membawa penyakit denggi.
Menjengah ke ruang komen, ramai diantara pendengar muzik terbabit mengakui berjaya menghalang nyamuk sebaik sahaja memasang lagu tersebut.
Namun, berbeza pula dengan pendapat oleh Professor James Logan, ketua Bahagian Kawalan Penyakit daripada London School of Hygiene and Tropical Medicine berkata, tiada bukti yang sahih dan kukuh yang boleh mengaitkan bunyi dengan pembiakan nyamuk. Malah beliau mensarankan supaya orang ramai menggunakan racun serangga seperti DEET, PMD, Picaridin atau IR 3535.
Sumber: Forbes
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.