Buat mereka yang membela kucing, apabila kucing peliharaan mereka hilang dan tidak pulang ke rumah, ia adalah satu masalah yang sangat besar dan sukar untuk diselesaikan. Mungkin memakan masa berhari-hari, malah mungkin juga bertahun lamanya untuk mencari kembali kucing itu.
Namun, menurut pengguna Twitter @charlie0816, beliau telah mencuba satu teknik yang pelik bagi memastikan kucingnya pulang walaupun sudah hilang berhari-harinya.
Beliau pada mula memuatnaik tweet menyatakan bahawa kucingnya telah hilang, dan dibalas seseorang dengan menyatakan, “Cuba beritahu pada kucing liar atau kucing jiran, ‘Jika kamu nampak kucing saya, beritahunya untuk segera pulang’, ia adalah teknik yang berkesan”.
Seakan tidak percaya, beliau mencuba kaedah tersebut dan keesokkan harinya kucingnya itu telah kembali pulang!
Malah ramai juga yang telah mencuba kaedah ini walaupun ia agak pelik pada mulanya:
“Ibu saya mencuba kaedah ini dan keesokkanya kucing saya pulang ke rumah”
“Saya sudah mencari kucing saya di merata tempat dan terserempak dengan kucing liar, lalu saya memberinya makan dan berpesan pada kucing liar itu untuk bercakap dengan kucing saya, Selang setengah jam, kucing saya pulang”
Selain kucing, rupanya kaedah ini juga dilaporkan berkesan pada anjing juga.
Pernahkah anda mencuba kaedah ini?
Sumber: World of Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.