Pemain pasukan Republik Czech Patrik Schick berjaya menjaringkan gol kemenangan buat pasukan mara ke pusingan berikutnya.
Schick juga merancang untuk menjaringkan gol ‘ajaib’ itu selepas melihat penjaga gol, David Marshall tiada di gawangnya ketika menentang Scotland.
Selepas mendahului 1-0, dia mengejutkan pemain dan peminat bola sepak apabila menjaringkan bola melepasi Marshall kira-kira 45 meter sehingga penjaga gol itu berlari kembali ke gawangnya.
Malah, jaringan itu terus diangkat sebagai jaringan terbaik Kejuaraan Eropah 2020 setakat ini dan berjaya benamkan Scotland di kejohanan utama dalam tempoh 23 tahun.
Dia juga menegaskan tindakan itu dilakukan apabila menyedari penjaga gol Scotland naik ke atas pada babak pertama.
“Ya, saya nampak dia (tidak berada di gol). Saya tahu situasi ini akan berlaku kerana dia berada terlalu jauh daripada garisannya. Apabila bola tiba, saya terus melihat di mana dia berdiri.
“Dia berada di luar kawasannya dan saya melakukan percubaan. Ia adalah jaringan yang menarik,” katanya.
Sepanjang sejarah Kejuaraan Eropah, jaringan yang dilakukannya adalah jaringan paling jauh sepanjang 45.4 meter yang pernah direkodkan.
Sumber: Stadium Astro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.