Dipetik dari Live Science, seorang lelaki berusia 72 tahun dilaporkan sering batuk berdarah, hingga memaksa beliau berjumpa doktor.
Namun, hasil pemeriksaan mendapati, terdapat gigi palsu tersekat pada tekak lelaki ini, seperti yang telah dilaporkan dalam jurnal BMJ Case Reports.
![asyik batuk berdarah, tak perasan gigi palsu tersekat dalam tekak](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/ogos-19/screenshot-2019-08-15-at-2-26-00-pm.png)
Sebelum kejadian, lelaki ini telah menjalani pembedahan untuk menghilangkan benjolan yang berada dalam dinding perutnya.
Enam hari selepas pembedahan, beliau mengalami batuk berdarah dan rasa sakit pada kerongkong, serta kesukaran untuk menelan dan juga batuk berdarah.
![asyik batuk berdarah, tak perasan gigi palsu tersekat dalam tekak](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/ogos-19/screenshot-2019-08-15-at-2-26-05-pm.png)
Doktor yang membuat pemeriksaan X-ray menjumpai objek dan menyedari bahawa ia adalah gigi palsu miliknya. Ia dikatakan tersekat ketika doktor membuat pembedahan terdahulu.
Lelaki itu berjaya diselamatkan selepas 6 minggu pembedahan mengeluarkan gigi palsu dari tekaknya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.