Operasi perkhidmatan kereta api di bandaraya Fukushima digantung sementara selepas gempa bumi melanda perairan pantai Honshu pada Rabu.
Namun, syarikat pengendali kereta api terus menghantar kakitangannya tidak sampai 24 jam untuk membaik pulih kerosakan tersebut.
Banyak kerosakan berlaku lebih-lebih lagi lantai di stesen keretapi yang mengalami keretakan akibat gempa kuat berukuran 7.4 magnitud itu.
Malah, gegaran turut dirasai di bandar Sendai, ibu kota Miyagi yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Fukushima.
Ramai penduduk tempatan berpendapat dan merasai gegaran tersebut sangat kuat sehingga rumah mereka seolah-olah terangkat.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.