Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Menang RM50,000? Semua Tu Tak Mustahil Dalam Gameshow Tabung Impian! Ini Info Yang Patut Korang Tahu!

Siapa yang tak mahu kan RM50,000, paling penting mudah jer kalau nak join Gameshow Tabung Impian ni.
Hanafis Haris
12 Aug 2022, 09:45 AM

Artikel ini ditaja oleh PTPTN

PTPTN ada peraduan baru Gameshow PTPTN Tabung Impian

Kredit: Canva, @Radin_era/Instagram & PTPTN TV; Edit: ERA

Sedar tak sedar, sudah 25 tahun penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berperanan dalam menyumbang kepada modal insan negara.

Satu angka yang cukup untuk mematangkan sesebuah organisasi yang bermula dengan satu tujuan iaitu bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dari mendapatkan akses pendidikan tinggi.

Sepanjang 25 tahun itu jugalah ramai pelajar yang telah dibantu PTPTN untuk merealisasikan impian mereka ke puncak menara gading. 👨‍🎓

Macam-macam inisiatif dibuat, semuanya sebab nak mudahkan pelajar untuk menuntut ilmu dengan selesa tanpa bebanan kewangan. Apatah lagi mereka yang kurang berkemampuan kan!

Daripada proses pinjaman sehinggalah bayaran balik, semuanya dipermudahkan.

Tambah manis, ramai yang telah bergelar graduan dengan bantuan PTPTN!

Psst.. Mungkin yang tengah baca ni pun dah berjaya dengan kerjaya masing-masing kan!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by PTPTN (@ptptnofficial)

Jadi bersempena dengan sambutan Jubli Perak ni, PTPTN nak meraikan semua dengan menghadiahkan ganjaran yang banyak untuk orang ramai.

Bagaimana? Semuanya dalam Gameshow Tabung Impian yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Apa menariknya tentang Gameshow Tabung Impian ni? Ini yang patut korang tahu!

#1 Boleh Menang Wang Tunai Hingga RM50,000? Seriuslah? 😲 

Dengar macam impossible jer kan? Tapi itulah realitinya apabila korang berpeluang menang hadiah ‘Wang Besar’ kalau korang join Gameshow Tabung Impian nanti.

Objektif lainnya adalah menggalakkan masyarakat Malaysia untuk memulakan penabungan awal seawal usia.

Peserta yang menyertai program ini berpeluang untuk memenangi wang tunai sehingga RM50,000. Ia adalah satu jumlah yang besar dan ia boleh menjadi pelaburan untuk tujuan perancangan kewangan dan pendidikan diri sendiri atau anak-anak pada masa hadapan.

Bukan biasa-biasa tau, korang boleh bawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM50,000!

Wang tunai ini akan dikreditkan ke akaun Simpan SSPN dan kepada pemenang yang tidak mempunyai akaun Simpan SSPN janganlah gusar sebab pembukaan akaun adalah percuma!

Tak cukup dengan tu, banyak lagi hadiah-hadiah lain ditawarkan tau. Ishhh macam-macam boleh buat wang sebanyak tu.

#2 Banyak Games Menarik & Fun Facts PTPTN Yang Korang Mungkin Tak Tahu!

Dah namanya gameshow kan, mesti banyak games yang menarik untuk korang join.

Confirm meriahlah gameshow ni hiburkan malam korang dengan pelbagai telatah dan gelagat peserta atau pengacara!

Nak lagi menarik, kebanyakan kuiz atau soalan semuanya ada kaitan dengan trivia PTPTN tau.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by PTPTN (@ptptnofficial)

So sambil korang gelak berdekah enjoy gameshow tu, korang boleh dapat ilmu dan tips juga tau tentang PTPTN.

#3 Eh Ada Radin Lah! Penyampai Radio ERA Paling Famous Tuuu😍 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RAA (@radin_era)

Penyampai Radio ERA ini pastinya tidak asing lagi! Paling membanggakan nama Radin kini sebaris dengan penyampai-penyampai radio popular tanah air lain.

Tambahan pula, Radin now dah ada segmen baru 3 Pagi ERA!

Bukan itu saja, wajah Radin atau nama sebenarnya Randi Amir Affendy sering kali muncul dalam banyak program besar khususnya beberapa program terbitan Astro. Popular betul!

Sehingga sekarang Radin mempunyai lebih 461K followers di Instagram dan hampir 14,000 pengikut di Facebook miliknya. 😲

So kalau nak tengok macam mana Radin kendalikan Gameshow Tabung Impian ni, sila join okay!

#4 Kak Ngah Patin Ikon Tersohor PTPTN!

Ikon PTPTN Kak Ngah Patin Bakal Jadi Host Gameshow PTPTN Tabung ImpianKredit: PTPTN TV

Wah makin ligat yer Kak Ngah Patin sekarang! Untuk korang yang mungkin tak tahu siapa Kak Ngah Patin ni, dia sebenarnya merupakan ikon PTPTN tau. Bukan biasa-biasa!

Kak Ngah Patin ni bukan saja ada figura kakak yang baik, dia juga prihatin dan tahu semua mengenai perkhidmatan di PTPTN. Kiranya dia ni macam Wikipedia PTPTN lah!

Bagusnya lagi tentang Kak Ngah Patin, dia akan terangkan info terperinci mengenai segala perkhidmatan di bawah PTPTN.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by PTPTN (@ptptnofficial)

Tak kisahlah tentang pinjaman ke, Simpan SSPN atau bayaran balik pinjaman, semua Kak Ngah Patin ni pakar dan boleh guide korang.

Jadi buat julung kalinya Kak Ngah Patin akan bergabung dengan penyampai radio kacak kita, Radin ERA dalam Gameshow Tabung Impian ni. Fuh tak sabar kan!

#5 Banyak Lagi Hadiah Tunai Waktu Siaran Langsung? Durian Runtuh Wey! 

Menariknya lagi tentang Gameshow Tabung Impian ni, sesiapa yang menonton juga boleh participate untuk menang pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai okay!

Eh duduk rumah pun boleh menang hadiah? Siapa nak bagi kan, so jangan lepaskan peluang hebat ni guys, check out Facebook ERA untuk butiran lanjut.

So Macam Mana Nak Join Gameshow Tabung Impian?

Caranya mudah jer, daripada 1 hingga 21 Ogos 2022 korang hanya perlu lengkapkan slogan paling kreatif untuk terpilih.

100 slogan paling kreatif berpeluang menyertai Gameshow Tabung Impian yang akan diadakan secara siaran langsung pada Khamis, 8 September 9 malam hanya di Facebook Era.

Bila dah join, korang akan bersaing untuk memenangi wang tunai sehingga RM50,000! Simple kan!

Dah bersedia? Jom hantar penyertaan korang kat website Tabung Impian Gameshow.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}