COVID-19 atau dahulunya dikenali sebagai novel coronavirus telah meragut 1,383 nyawa dan lebih 64 ribu orang dilaporkan positif wabak terbabit.
Virus yang pertama kali ditemui di Wuhan, satu kawasan dalam daerah Hubei, China ini telah membuatkan ramai penduduk dunia berasa panik kerana ia boleh merebak melalui hubungan antara manusia kepada manusia.
Secara purata, daripada seorang pesakit COVID-19, ia boleh merebak kepada 2.5 orang lain disekelilingnya tanpa mereka sedari.
Menerusi laporan oleh News Australia bersama New Zealand Herald, sekumpulan penyelidik dari Britain Southampton University World Pop Project telah membuat rumusan dalam bentuk peta sejauh manakah COVID-19 ini tersebar ke serata dunia.
Peta tersebut diambil daripada maklumat yang diperoleh menerusi data daripada telefon bimbit dan penerbangan oleh 60,000 penduduk di Wuhan yang meninggalkan negara mereka sebelum arahan 'lockdown' diwartakan pada 23 Januari 2020 yang lalu.
Daripada 60,000 data penduduk Wuhan ini, 834 daripadanya telah menjangkiti orang lain di 382 bandar diluar negara China.
Di Malaysia setakat ini sudah mencatatkan 19 kes positif COVID-19.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.