Dunia masih lagi dikejutkan dengan penularan wabak novel coronavirus (2019-nCoV) yang bermula dari satu daerah yang dikenali sebagai Wuhan, China, sebelum ia tersebar kepada 28 buah negara seluruh dunia.
Setakat ini, sudah lebih 43,099 kes dicatatkan dengan 1,018 kematian direkodkan serta 4,041 jumlah kes berjaya dipulihkan.
Ekoran daripada penularan wabak ini, barisan hadapan seperti doktor dan pengamal perubatan berkerja keras bagi menyelamatkan ribuan nyawa yang masih terjejas. Tidak dilupakan juga mereka yang bertungkus-lumus memastikan kebersihan kawasan seperti hospital dan tempat awam seperti tukang cuci.
Siapa sangka, gaji tukang cuci di hospital Wuhan, China, kini ditawarkan pada nilai RMB35,000 atau bersamaan RM21,000 sebulan?
Ya, itulah nilai gaji yang ditawarkan kepada mereka yang sanggup menjadi tukang cuci di hospital yang kini menempatkan ribuan pesakit coronavirus di Wuhan, China.
Jika anda sanggup berhadapan dengan situasi ini, boleh lah cuba apply!
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.