Wabak COVID-19 bukan sahaja membuatkan beberapa sungai kembali jernih, malah ia juga berjaya membebaskan puluhan ekor gajah yang selama ini digunakan untuk tunggangan.
Di Maesa Elephant Camp, Chiang Mai, Thailand, kawasan ini dahulunya cukup terkenal dengan aktiviti tunggang gajah dalam kalangan pelancong.
Namun sejak pandemik COVID-19 ini menyerang, perniagaan tunggang gajah semakin merosot kerana sudah tiada lagi pelancong yang datang ke situ.
Pengarah kem, Anchalee Kalampichit berkata, selepas 44 tahun beroperasi, akhirnya beliau memutuskan untuk mengeluarkan kerusi kayu dan logam besar yang diikat belakang gajah setiap hari selama ini.
Malah, kem terbabit juga tidak berniat untuk menjadikan 78 ekor gajahnya itu sebagai kenderaan jika perniagaan dibuka semula nanti.
Kini, gajah tersebut dibiarkan bebas berkeliaran dikawasan kem, tanpa perlu mengendong beban dibelakang mereka lagi.
Sumber : Independent.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.